"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"
Thursday, September 5, 2013
Setuju tak semua??
1. Hentikan pemberian BRIM kerana ia tidak relevan. Gaji suami rm1800 + gaji isteri rm1300 dengan tnggungan anak 4 orang tak layak dapat brim. Relevan kah itu.
2. Buat satu sistem diskaun bagi seluruh rakyat malaysia yang diintegrasikan dalam mykad. Dimana diskaun ini meliputi perbelanjaan barangan rumah dan barangan dapur. 5% sudah mencukupi bagi setiap barangan. Peniaga boleh claim balik rebate yang diberi menerusi LHDN.
3. Elaun keraian kakitangan kerajaan dikurangkan sebanyak 10% bagi menampung subsidi petrol. Ini kerana kebanyakkan pegawai kerajaan yang menerima elaun itu menggunakannya untuk kegunaan sendiri. Bukan untuk meraikan staff atau tugas formal.
4. Perlengkapkan kemudahan kenderaan awam. Capaian kemudahan kenderaan awam negara masih lemah walaupun di ibukota.
5. Wujudkan kementerian pendidikan pra-sekolah dimana semua taska/tadika/tabika dibawah tadbirurus kerajaan. Seperti sekolah rendah jenis kebangsaan/kebangsaan.
6. Perhalusi harga kereta malaysia yang mana harganya sama dengan harga kereta import + cukai import walaupun kereta malaysia tidak dikenakan cukai import.
7. Kaji semula tarif elektrik. TNB boleh beri bonus yang banyak kepada pekerjanya atas kesusahan yang dialami oleh rakyat.
8. Kaji semula pembiayaan peribadi yang dipendekkan kepada 10 tahun. Kos sara hidup lebih tinggi dari pendapatan menyebabkan orang mengambil loan. Orang nak panjanngkan loan sebab taknak bulan bulan bayar banyak. Lepas ni ramai le orang kena simbah cat merah sebab tak bayak balik ahlong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment